KEADAAN CUACA SEJUK DI MALAYSIA
(Dikeluarkan pada 7.30 malam, 23 Januari 2014)
Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang
agak rendah berbanding bulan-bulan lain.
Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat,
terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah
disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah
besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia
sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal
pagi.
Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan
datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu
hadapan.
Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil
untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami
salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.
Pemantauan keadaan cuaca di Indonesia adalah di bawah tanggungjawab Badan
Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika.
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
23 Januari 2014
www.met.gov.my

Ulasan
Catat Ulasan