Pengalaman Kene Denda
Kalau cakap pasal pengalaman kena denda di sekolah, aku rasa ramai juga yang ada pengalaman kena denda di sekolah dulu kan. Tak kiralah sekolah rendah ker sekolah menengah ker. Biasalah zaman budak-budak, nakal nyer tu orang kata nakal-nakal manja, perasan dah jadi dewasa. hehe.. Antara kesalahan yang paling popular dulu sehingga tercetusnya pengalaman kena denda di sekolah dulu adalah buat bising, tak buat kerja sekolah, ponteng kelas dan masalah disiplin.
Aku yang pernah 'menjawat jawatan' pelajar sekolah suatu ketika dahulu juga tidak lari dari menimba pengalaman kena denda di sekolah yang kini menjadi pengalaman manis buat aku...manis ker kena denda....? haha. Aku dulu sewaktu menjawat jawatan sebagai pelajar sekolah, bukanlah seorang yang baik sangat, juga tidak lah nakal sangat. Suam-suam kuku la kot orang kata. Disebabkan 'tidak baik sangat' tu lah yang telah mengakibatkan aku didenda dan ianya merupakan pengalaman kena denda di sekolah yang paling tidak dapat aku lupakan.
Pengalaman kena denda di sekolah yang aku nak kongsikan ni berlaku sewaktu aku disekolah menengah. Sekolah rendah aku tak ingat pernah kena denda atau tak, rasa macam tak pernah. hehe... Aku pun tak ingatlah macam mana waktu tu aku boleh terbuat kesalahan tu. Dan semestinya aku tidak keseorangan, aku berdua dengan salah seorang rakan baik aku sebab aku ni jenis penakut sikit bab-bab buat salah ni. Rasa seram sejuk jer badan bila buat salah. Bila ada kawan tu, boleh share seram sejuk tu kan. miahahaha
Kesalahan yang aku maksudkan adalah...........Ponteng kelas!!!! Wallaweh!! Macam mana la aku leh ponteng kelas nii...?? Itulah pengalaman aku ponteng kelas yang pertama dan yang terakhir aku sepanjang menjawat jawatan pelajar sekolah. Huhuhu.... Jom rewinddddd.....
3 Mei 2013, jam 8;45. Disebuah kelas yang hanya ada aku dan seorang kawan aku sahaja.
Aku : Malas pulak aku nak masuk makmal Sains ni... Member lain semua dah masuk dah. Hang nak masuk tak Lut?
Kawan aku : Aku pun macam malas jer ni. Ngantuk la...
Aku : Tak yah masuk lah. Kita tidoq ja dalam kelas ni....
Kawan aku : Orait...
(Berselang 10 minit kemudian...................................)
Aku : Wei Lut!!! Cikgu Wan Cikgu Wan!!!Nyorok-nyorok!!
(Umpama tikus yang cuba melarikan diri dari seekor kucing!!Aku dan kawan aku tu menyumbatkan diri menyorok dibawah meja guru. Cikgu Wan, seorang cikgu perempuan yang sememangnya digeruni di sekolah aku dek kerana kegarangannya!)
Kawan aku : Hang rasa cikgu Wan nampak kita tak?
Aku : Aku pun tak tahu, harap-harap dia tak nampak la... Shh...Diam-diam
:
Ulasan
Catat Ulasan